Saturday, July 3, 2010

Karangan - Cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk membalas jasa ibu bapa.

Ibu bapa banyak berjasa kepada kita. Mereka mendidik kita,mencurahkan kasih sayang, dan memberi perlindungan. Kesannya, anak-anak dapat menggembirakan ibu bapa dan mereka berasa beruntung. Oleh itu, anak-anak harus membalas jasa ibu bapa.

Antara cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa ialah dengan belajar bersungguh-sungguh. Jika kita belajar bersungguh-sungguh kita dapat mendapat keputusan yang cemerlang dan juga masa depan yang cerah. Ibu bapa pula rasa gembira terhadap kita.

Menjaga ibu bapa apabila mereka tua merupakan satu lagi cara untuk membalas jasa mereka. Kita perlu menjaga ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Separuh daripada anak-anak sekarang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Ini merupakan salah satu perkara yang melukakan hati mereka. Sebagai seorang anak, kita harus menanggung perbelanjaan mereka. Kita tidak boleh menjadi`bagai kacang melupakan kulit’.

Bak kata pepatah `harimau mati meninggalkan belang manusia meninggalkan nama’. Anak-anak haruslah menjaga sahsiah diri supaya ibu bapa mendapat nama yang baik. Kita tidak boleh melakukan perkara yang boleh memalukan mereka. Sebagai anak yang sayang akan ibu bapa mereka, kita haruslah memberi kad ucapan ketika Hari Ibu atau Hari Bapa. Ini akan menggembirakan hati ibu bapa.

Di samping itu,kita juga haruslah membantu mereka. Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik adik,mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban mereka.

Selain itu,kita hendaklah mendengar dan menurut kata-kata mereka. Jangan sesekali membantah. Jika kita membantah, kita akan dianggap sebagai anak derhaka dan anak yang tidak tahu menghormati ibu bapanya.

Selain itu, kita haruslah melakukan apa yang disukai oleh ibu bapa. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang tidak baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidk disukai oleh ibu bapa bermakna membuat perbuatan yang derhaka. anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat kerberkatan dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, anak-anak harus membalas jasa ibu bapa dengan pelbagai cara. Sudah tiba waktunya, kita mencurahkan kasih sayang kepada mereka. Masyarakat Penyayang perlu bermula di rumah.

P.Meena

4 comments:

яαωя said...

This really help me to get a clear view of what Our teacher told us to write. Thanks alot! :)

яαωя said...
This comment has been removed by the author.
Norsharida/dida said...

terima kasih kerana karangan ni membantu saya untuk membuat kerja ruma

Vinnan Rao said...
This comment has been removed by the author.