SOALAN: Huraikan pendapat anda tentang feadah – feadah menguasai
lebih daripada satu bahasa dalam kalangan pelajar sekolah.
Penggunaan
bahasa amat penting dalam kehidupan harian terutamanya di negara kita. Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan bangsa. Dengan ini,
kebudayaan Malaysia diperkaya dengan pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang diperkayakan dengan pelbagai dialek.
Marcapada ini, negara kita manjadi semakin maju dan mampu berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Oleh itu, sebagai bakal
pemimpin negara, golongan pelajar kini harus menguasai lebih daripada satu
bahasa. Sebenarnya, terdapat beberapa feadah menguasai lebih daripada satu
bahasa dalam kalangan pelajar sekolah ini?
Antara feadah
manguasai lebih daripada satu bahasa ialah sebagai pelajar mereka dapat
berkomunikasi dalam masyarakat dengan mudah. Pelajar harus memikirkan masa
hadapan mereka kerana mereka akan menjejakkan kaki ke alam dewasa dalam jangka masa terdekat.
Mengetahui lebih daripada satu bahasa memudahkan mereka berinteraksi dalam
komuniti majmuk sekaligus mendapatkan pertolongan dan diterima oleh komuniti
yang berbeza. Pendek kata, pelajar yang mengetahui lebih bahasa lebih mudah
berinteraksi dalam masyarakat.
Selain itu,
pelajar juga dapat memperoleh pekerjaan dengan mudah dalam pelbagai bidang.
Dalam tempoh tiga hingga lima tahun sejak memasuki sekolah menengah,
pelajar-pelajar akan menjejakkkan kaki ke alam kerja. Setiap daripada mereka
tentu mempunyai keinginan menjawat jawatan penting. Untuk memudahkan seseorang
memperoleh pekerjaan yang baik,pelajar harus menguasai lebih daripada satu
bahasa terutamanya bahasa Inggeris. Mereka boleh menyertai kursus-kursus Bahasa
Inggeris yang ditawarkan oleh sektor swasta. Jelaslah, pelajar mampu mendapat
pekerjaan yang baik jika fasih berbahasa.
Di samping
itu, pelbagai bidang ilmu dapat kita kuasai dan ini akan mengurangkan kekangan
kita semasa semasa melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pelajar ini mampu
memahami buku rujukan yang manggunakan bahasa Inggeris dan memahami adat di
luar degara dengan mudah bak kata pepatah ‘ masuk kangang kambing mengembek dan
masuk kandang lembu menguak”. Bidan ilmu yang pebagai ini jarang-jarang kita
temui dalam bahasa ibunda. Oleh yang demikian wajarlah mengetahui lebih
daripada satu bahasa.
Akhir sekali, hubungan diplomatik
antara negara dapat dijalankan dengan lancer oleh bakal pemimpin yang menguasai
dua atau lebih bahasa. Kerjasama dalam bidag perindustrian, pembuatan,
perdagangan dan lain-lain dapat dijalankan tanpa halangan. Jika pihak luar negara
mendapati pemimpin kita dapat menggunakan bahasa mereka dengan lanacar mereka akan
menerima kita dengan tangan terbuka.
Akhirulkalam, penguasaan lebih
daripada satu bahasa amat penting bagi generasi muda kini. Dengan ini,
pelajar-pelajar tidak akan kelihatan bagai rusa masuk kampungapabila mereka
menjejakkan kaki ke alam dewasa. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dan
membina keyakinan yang lebih tinggi. Berbekalkan pelajar sebegini negara kita
pasti akan berkembang maju dan mencapai wawasan 2020.
Hasil nukilan ketika Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013
Tam Ho Yan @ Celynn
